|
Assalamualaikum
Laman Web ini dibuat untuk memberikan lebih maklumat mengenai keluarga kita... tak kira di mana kita berada.....
Semoga ianya akan memberi manfaat kepada semua....
Cu Mat kena stroke
Ketika berada di rumah Won, Mak mendapat berita Cu Mat (Klang) berada dalam keadaan tidak sihat setelah diserang stroke.
Mak, Han dan keluarga menziarahi Cu Mat pada hari Khamis 21 Sept. dan mendapati keadaan beliau sudah semakin pulih. Bagaimanapun
masih perlu dipimpin untuk berjalan.
Cu Mat diberitakan menjalani rawatan akupuntur berdekatan Banting.
Berita terkini yang diberitahu keadaan Cu Mat sudah semakin pulih... semoga cepat sembuh....
Mak di Lembah Klang
Pada 14 September, Rap telah membawa Mak ke Tapah dari Ipoh (Min hantar) dan bermalam di Tapah kerana Min akan pulang
ke Kedah untuk menghantar mertuanya mengerjakan Umrah.
Won mengambil Mak pada hari Jumaat 15 September dan tinggal di Rawang sehingga Rabu 20 September. Pada malam tersebut
Won menghantar Mak ke rumah Han di Bukit Antarabangsa.
Esoknya, Han membawa Mak ke Pusrawi untuk temujanji dengan doktor telinga. Hasilnya doktor mengatakan ada sedikit lubang
di gegendang yang walau bagaimanapun tidak merbahaya.
Han sekeluarga balik ke Kati untuk menghantar Mak pada hari Sabtu dan bersahur bersama (Min sekali) pada pagi Ahad, 1
Ramadhan.....
Aqiqah & Ulangtahun Mak Di Rumah Rap - Tapah
9 September 06 - Majlis Aqiqah di rumah Rap di Tapah telah selamat diadakan dengan kehadiran ramai jemputan. Macam kenduri
kawin la pulak...
Aqiqah tersebut adalah untuk anak-anak Rap serta anak Han (Asma) dan seorang anak kawan Rap...
Semua ahli keluarga hadir kecuali yang jauh, Yong dan Nyah... manakala Ayah Cik turut datang pada sebelah petangnya.
Selepas selesai, satu majlis ringkas doa selamat untuk ulang tahun Mak yang ke 65 turut diadakan diikuti acara memotong
dan makan kek....
Semoga terus panjang umur dan murah rezeki
Berita Cuti Sekolah... Ogos 2006
Sempena cuti sekolah selama seminggu dari 19-27 Ogos lepas, Min telah balik ke Kulim (diberitakan jalan jalan ke Langkawi).
Min telah selamat balik pada hari Sabtu 26 Ogos lepas.
Sementara itu, Yong telah mencipta rekod baru dengan memandu sendiri bersama anak-anak balik ke Kati dari Trengganu.
Abang Din membawa rombongan anak muridnya ke Seremban. Yong berada di Kati dari Ahad 20 Ogos sehingga Jumaat 25 Ogos.
Raf ada singgah ke Kati (seorang) tetapi Mak dan Yong ketika itu berada di Menora.
Han turut balik ke Kati setelah mak mertua beliau tak jadi datang KL. Han dan keluarga sampai pada Khamis malam dan balik
pada Ahad tengahari.
Won tidak dapat balik ke kampung kerana berkursus di Trengganu.
Mak kelihatan gembira mungkin dapat melepaskan rindu dendam terhadap cucu-cucunya dan kelihatan sihat.
Gambar baru upload 28 ogos 06
|